Wednesday, October 14, 2009

Menonton Filem

Ramai kaum muslimin yang bertanya-tanya tentang pandangan Islam terhadap tayangan filem atau bioskop, drama, tonil/sandiwara dan seumpamanya. Apakah orang Islam dibolehkan menonton ataukah diharamkannya?

Satu hal yang tidak diragukan lagi, bahawa filem, atau bioskop, adalah alat yang sangat vital untuk mengarahkan dan memberikan hiburan. Kedudukannya sama dengan kedudukan alat-alat yang lain, dapat dipergunakan untuk lial-hal yang baik dan yang tidak baik. Oleh kerana itu filem itu sendiri tidak apa-apa. Status hukumnya tergantung pada penggunaannya.

Dengan demikian, kami berpendapat filem adalah halal dan baik, bahkan kadang-kadang masuk sunnat dan diperlukan apabila dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:

1. bahawa subjek-subjeknya yang diketengahkan itu bersih dari kegila-gilaan, kefasikan dan semua hal yang dapat mensirnakan aqidah, syariat dan kesopanan Islam. Adapun semua pertunjukan yang dapat membangkitkan nafsu dan mencenderungkan orang kepada perbuatan dosa atau yang dapat membawa kepada perbuatan kriminal atau mengajak kepada fikiran-fikiran untuk berbuat serong, atau menjurus hukumnya adalah haram yang tidak halal bagi seorang muslim untuk menyaksikannya, atau mendukungnya.

2. Tidak melupakan kewajiban agama atau duniawi. Diantara kewajiban-kewajiban itu ialah sembahyang lima waktu. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim meninggalkan sembahyang maghrib misalnya, kerana akan pergi menonton filem. Firman Allah:
“Celakalah orang-orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai terhadap sembahyangnya.” (al-Ma'un: 4-5)

3. Jangan sampai terjadi persentuhan dan percampuran antara laki-laki dan perempuan lain, demi menjaga fitnah dan menolak syubhat. Lebih-lebih pertunjukan ini tidak dapat dilakukan, kecuali di tempat yang gelap. Sedang hadis Nabi mengatakan:

"Sungguh kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum dari besi, lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." (Riwayat Baihaqi, Thabarani; dan rawi-rawinya adalah rawi-rawi Bukhari)

Enam Pesanan Khusus Untuk Wanita

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana.Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh

Rasulullah buktikan hanya ketakwaan senjata paling berkesan pertahan agama, tanah air. Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas.

Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi. Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas.

Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa. Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri. Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam.

Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam. Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Elak Sambut Valentine's Day

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan
masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut.


Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak
mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari
berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk
mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.


Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai
sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa,
mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasangpasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 14 November 2000 bertajuk ‘Apa dihairankan dengan
parti buih.’ Beliau mengulas bahawa serbuan yang dibuat oleh pihak berkuasa
ke atas ‘parti buih’ di Bangsar yang diraikan dengan tarian bogel dan pakaian
mandi itu tidak menjadi hairan kerana beberapa tahun sebelumnya pernah ada penganjur yang ingin mengadakan parti yang serupa bersempena Hari Kekasih
tetapi mendapat tentangan pihak jawatankuasa Masjid Abu Bakar al-Siddiq,
Bangsar.

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang
paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan
kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.

Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas bahawa Hari Valentine merupakan salah
sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini
sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya
meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih dalam soal yang
melibatkan aqidah Islam. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T yang bermaksud;


“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu
menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan
beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu
beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi
aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6)


Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat
lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.;

“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada
amalan kami maka ia akan ditolak.”
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan
menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan
dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang
bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa
amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan
amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah
bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari
Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam
”.

Etika Pakaian

Menjaga maruah berkait rapat dengan soal berpakaian. Menurut Dr. Salasiah Hanim Hamjah, Islam menggariskan beberapa etika yang boleh dijadikan panduan. Antaranya sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: ” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka ( daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

Huraian ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa, para wanita dikehendaki menundukkan pandangan mereka, menjaga kehormatan, tidak menzahirkan perhiasan kecuali yang zahir serta menutup dengan tudung kepala.

Menurut Dr.Salasiah, tudung kepala dari perkataan juyub atau al-jaib yang bermaksud pangkal leher. Bagaimanapun, didalam tafsir Al-Jalalain, ai merujuk kepada kepala, leher dan dada. Sementara itu Dr.Salasiah berkata ciri pakaian yang menepati kehendak Islam ialah pakaian yang tidak nipis, tidak ketat, tidak menarik perhatian, tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang kafir.

Pelaris: Formula Mujarab Usahawan Melayu?

Pandangan Islam Terhadap Amalan Pelaris

Islam bersikap positif terhadap aktiviti yang bersifat material sebagai salah satu kewajipan sosial yang paling asas. Atas prinsip inilah pengiktirafan diberi kepada golongan usahawan yang terlibat dalam proses pengembangan harta. Bahkan ajaran Islam menganjurkan kepada golongan tersebut supaya tekun dan berusaha menjadi individu usahawan berjaya.

Didapati segelintir pengusaha Melayu masih lagi mempercayai bahwa pelaris adalah satu perkara yang penting, dan merupakan sebahgian daripada keperluan asas kepada usahawan sebagai pelengkap untuk menjalankan sesuatu perniagaan.

Realitinya amalan tersebut masih lagi berlaku dalam kalnan usahawan atau peniaga yang moden pada hari ini, dan bukanlah satu kisah silam. Kepercayaan sedemikian masih lagi mempengaruhi mentaliti segelintir masyarakat melayu seolah-olah ia dapat memberi impak positif dalam bidang perniagaan. Sudah tentulah kepercayaan kepada pelaris ini bertentangan dengan falsafah akidah Islam yang murni.

Percanggahan sedemikian timbul apabila wujud kepercayaan tentang persoalan rezeki ini adalah bergantung kepada semangat yang ada dalam pelaris tersebut atau sesuatu objek lain yang digunakan seperti rajah, azimat, wafak dan sebagainya. Hakiaktnya, apabila wujudnya ’iktiqad mempercayai sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan kepada manusia selain daripada Allah, sudah tentulah ia akan mengundang kepada unsur-unsur yang boleh membuka ruang kepada bahaya syirik. Asas kepercayaan yang mengiktiraf dan memperakui wujudnya kuasa yang dapat mempengaruhi manusia selain daripada Allah diklasifikasikan sebagai perbuatan syirik.

Peniaga yang mengamalkan pelaris begitu yakin bahawa perniagaan yang dijalankan akan mendapat tuah. Bagi peniaga yang begitu ta’asub kepada kepercayaan tersebut, mereka mencari helah supaya keoercayaan tersebut dipandang sebagai satu usaha atau ikhtiar, dan perbuatan tersebut tidak bercanggahdengan Islam. Mereka mempunyai kaedah dan taklik tertentu umtuk mengalihkan pandangan masyarakat bagi menghalalkan perbuatan mereka. Jika dilihat kepada perbuatan tersebut, fenomena yang berlaku ini boleh membawa kekeliruan dan merosakkan ikatan akidah yang murni.

Kepercayaan kepada manfaat yang ada kepada pelaris jelas bertentangan denagn akidah Islam. Amalan sedemikian mencerminkan sikap pelakunya bergantung kepada medium kuasa selain daripada Allah s.w.t. dan tidak beriman denagn petunjuk al-Quran dan al-Sunah. Golongan sedemikian akan mengalami kerugian bukan sahaja di dunia, bahkan akan dirundung malang pada hari akhirat kelak.

Allah s.w.t. menegaskan bahawa Dia adalah Pencipta Alam Semesta dan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Dari dimensi manusia pula, ia dicipta sebagai khalifatulard untuk memakmurkan alam ini secara sejahtera. Bagi merealisasikan fungsi tersebut, manusia perlu menyedari peranannya sebagai hamba, dan bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi segala titah perintah Penciptanya, dan menundukkan diri secara mutlak kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.

Tiada gunanya anak hebat dan pintar jika akidahnya tidak mantap

” Walaupun seorang anak itu pintar dan cerdik tetapi tiada gunanya jika mereka tidak mempunyai akidah yang mantap dan jati diri yang kukuh.

”Meninggalakan agama Islam an keimanan kepada Allah adalah satu masalah besar walau sehabat mana pun anak kita”

Demikian peringatan tegasdalam khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib- Ustaz Shahrizan Haji Daud, 27, di Masjid Muadz Bin Jabal, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Berikut disiarkan di antara petikan khutbah jumaat yang sungguh menarik pada hari itu:

1) Firman Allah dalam surah Luqman ayat 13 bermaksud:
”Dan (ingatlah) ketiaka Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: ”Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

2) Ibu bapa perlu berperanan dan bertanggungjawab besar dalam menagsuh dan mendidik anak-anak mereka. Pendidikan anak-anak adalah antara tanggungjawab utama dan sikap lepas tangan atau sambil lewa boleh menyebabkan nilai-nilai murni tidak dapat disemat dalam keperibadian berkelaurga.

3) Pendidikan terpenting adalah dalam pendidikan agama Islam dan keimanan. Disamping itu ditambah dengan pendidikan akhlak yang boleh mengawal peribadi anak-anak daripada terjebak dengan gejala sosial, jenayah dan yang teramat berat ialah gejala MURTAD.

4) Didik dan ajarlah anak-anak serta ahli keluarga dengan didikan agama dan ajaran Islam yang suci.

5) Kawallah anak-anak dalam aspek (pergaulan) berkawan dan bersosial kerana anak-anak mudah terpengaruh dengan persekitaran dan rakan sebaya mereka.

6) Hadis riwayat Imam Tirmizi daripada Abu Hurairah bermaksud : Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Manusia itu sentiasa menurut kelakuan rakannya, maka hendaklah kamu perhatikan dengan siapa dia bergaul”.