Pandangan Islam Terhadap Amalan Pelaris
Islam bersikap positif terhadap aktiviti yang bersifat material sebagai salah satu kewajipan sosial yang paling asas. Atas prinsip inilah pengiktirafan diberi kepada golongan usahawan yang terlibat dalam proses pengembangan harta. Bahkan ajaran Islam menganjurkan kepada golongan tersebut supaya tekun dan berusaha menjadi individu usahawan berjaya.
Didapati segelintir pengusaha Melayu masih lagi mempercayai bahwa pelaris adalah satu perkara yang penting, dan merupakan sebahgian daripada keperluan asas kepada usahawan sebagai pelengkap untuk menjalankan sesuatu perniagaan.
Realitinya amalan tersebut masih lagi berlaku dalam kalnan usahawan atau peniaga yang moden pada hari ini, dan bukanlah satu kisah silam. Kepercayaan sedemikian masih lagi mempengaruhi mentaliti segelintir masyarakat melayu seolah-olah ia dapat memberi impak positif dalam bidang perniagaan. Sudah tentulah kepercayaan kepada pelaris ini bertentangan dengan falsafah akidah Islam yang murni.
Percanggahan sedemikian timbul apabila wujud kepercayaan tentang persoalan rezeki ini adalah bergantung kepada semangat yang ada dalam pelaris tersebut atau sesuatu objek lain yang digunakan seperti rajah, azimat, wafak dan sebagainya. Hakiaktnya, apabila wujudnya ’iktiqad mempercayai sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan kepada manusia selain daripada Allah, sudah tentulah ia akan mengundang kepada unsur-unsur yang boleh membuka ruang kepada bahaya syirik. Asas kepercayaan yang mengiktiraf dan memperakui wujudnya kuasa yang dapat mempengaruhi manusia selain daripada Allah diklasifikasikan sebagai perbuatan syirik.
Peniaga yang mengamalkan pelaris begitu yakin bahawa perniagaan yang dijalankan akan mendapat tuah. Bagi peniaga yang begitu ta’asub kepada kepercayaan tersebut, mereka mencari helah supaya keoercayaan tersebut dipandang sebagai satu usaha atau ikhtiar, dan perbuatan tersebut tidak bercanggahdengan Islam. Mereka mempunyai kaedah dan taklik tertentu umtuk mengalihkan pandangan masyarakat bagi menghalalkan perbuatan mereka. Jika dilihat kepada perbuatan tersebut, fenomena yang berlaku ini boleh membawa kekeliruan dan merosakkan ikatan akidah yang murni.
Kepercayaan kepada manfaat yang ada kepada pelaris jelas bertentangan denagn akidah Islam. Amalan sedemikian mencerminkan sikap pelakunya bergantung kepada medium kuasa selain daripada Allah s.w.t. dan tidak beriman denagn petunjuk al-Quran dan al-Sunah. Golongan sedemikian akan mengalami kerugian bukan sahaja di dunia, bahkan akan dirundung malang pada hari akhirat kelak.
Allah s.w.t. menegaskan bahawa Dia adalah Pencipta Alam Semesta dan seluruh makhluk yang wujud di alam ini. Dari dimensi manusia pula, ia dicipta sebagai khalifatulard untuk memakmurkan alam ini secara sejahtera. Bagi merealisasikan fungsi tersebut, manusia perlu menyedari peranannya sebagai hamba, dan bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi segala titah perintah Penciptanya, dan menundukkan diri secara mutlak kepada kekuasaan dan kebesaran Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Benar kata penulis bahawa amalan pelaris masih wujud dikalangan org Melayu..mereka menganggap penggunaan pelaris dpt memajukan perniagaan, namun..amalan ini adalah suatu taktik yg boleh disifatkan sebagai taktik kotor bagi mengaut keuntungan..soalan dari sy, halalkah rezeki peniaga yg mengamalkan PELARIS ini??
ReplyDelete