Menjaga maruah berkait rapat dengan soal berpakaian. Menurut Dr. Salasiah Hanim Hamjah, Islam menggariskan beberapa etika yang boleh dijadikan panduan. Antaranya sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: ” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka ( daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Huraian ayat tersebut dapat disimpulkan bahawa, para wanita dikehendaki menundukkan pandangan mereka, menjaga kehormatan, tidak menzahirkan perhiasan kecuali yang zahir serta menutup dengan tudung kepala.
Menurut Dr.Salasiah, tudung kepala dari perkataan juyub atau al-jaib yang bermaksud pangkal leher. Bagaimanapun, didalam tafsir Al-Jalalain, ai merujuk kepada kepala, leher dan dada. Sementara itu Dr.Salasiah berkata ciri pakaian yang menepati kehendak Islam ialah pakaian yang tidak nipis, tidak ketat, tidak menarik perhatian, tidak menyerupai pakaian lelaki dan tidak menyerupai pakaian orang kafir.
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment