Memahami isu murtad MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan jumlah umat Islam negara ini yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.
Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah antara punca menyebabkan berlakunya murtad di kalangan umat Islam, terutama remaja dan mahasiswa.
Umat Islam hari ini berdepan dengan masalah dan krisis akidah yang cukup serius lantaran kurangnya pemahaman, penghayatan dan pengalaman mereka terhadap ajaran Islam.
Ini berlaku apabila agama dan moral tidak lagi menjadi teras kepada sistem pendidikan yang lebih menjurus ke arah pembangunan jasmani berbanding rohani.
“Akibatnya, lahir manusia yang bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri. Mereka tidak lagi mempedulikan mengenai masalah yang dihadapi orang lain. Lebih menakutkan, pendidikan yang berorientasikan sekularisme itu melahirkan umat Islam rapuh akidah, rendah akhlak dan sanggup melakukan apa saja termasuk yang bercanggah dengan ajaran Islam
Gejala murtad ini perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa bagi mencegah daripada terus berleluasa.Remaja yang merantau ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang sama ada untuk bekerja atau menuntut ilmu perlu berhati-hati kerana mereka boleh dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada Islam.
Tindakan polis menahan sembilan orang termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), yang didakwa cuba menukarkan agama penuntut Islam di IPTA berkenaan membuktikan gejala ini berlaku di negara ini.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu kerap memantau anak mereka kerana dibimbangi hidup di bandar yang serba bebas akan menukar matlamat dan pegangan hidup mereka. Semuanya itu tidak mustahil berlaku dalam zaman yang serba canggih ini. Hari ini gejala murtad boleh berlaku tanpa kita duga.
Saturday, October 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment