Sunday, October 18, 2009

Konsep Blog

Konsep blog saya adalah mengenai mujahidah solehah. Mujahidah solehah adalah bersempena pejuang wanita Islam yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama Islam. Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.

Ramai lagi mujahidah yang memperjuangkan agama Islam dan mempunyai kisah yang benar lagi nyata. Oleh itu, saya berharap agar blog saya ini dapat menjadi panduan kepada sahabat-sahabat sekalian. Ini adalah salah satu cara saya dalam memperjuangkan agama Islam melalui internet dan menaikkan lagi syiar Islam. Moga-moga dengan adanya blog ini dapat melahirkan insan yang berjiwa Islam dan memartabatkan agama yang suci iaitu Islam.

No comments:

Post a Comment