Konsep blog saya adalah mengenai mujahidah solehah. Mujahidah solehah adalah bersempena pejuang wanita Islam yang sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama Islam. Bermula dengan ibunda seluruh manusia Sayyidah Hawwa’ iman mereka mula mekar seharum kuntuman bunga mawar, menantikan renjisan kasih Ilahi untuk mengisi taman syurgawi.
Ramai lagi mujahidah yang memperjuangkan agama Islam dan mempunyai kisah yang benar lagi nyata. Oleh itu, saya berharap agar blog saya ini dapat menjadi panduan kepada sahabat-sahabat sekalian. Ini adalah salah satu cara saya dalam memperjuangkan agama Islam melalui internet dan menaikkan lagi syiar Islam. Moga-moga dengan adanya blog ini dapat melahirkan insan yang berjiwa Islam dan memartabatkan agama yang suci iaitu Islam.
Sunday, October 18, 2009
Saturday, October 17, 2009
Isu Murtad
Memahami isu murtad MUFTI Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pernah mendedahkan jumlah umat Islam negara ini yang murtad mencapai sehingga 100,000 orang.
Pengaruh persekitaran, pergaulan bebas, kurang didikan agama, kurang perhatian ibu bapa dan miskin adalah antara punca menyebabkan berlakunya murtad di kalangan umat Islam, terutama remaja dan mahasiswa.
Umat Islam hari ini berdepan dengan masalah dan krisis akidah yang cukup serius lantaran kurangnya pemahaman, penghayatan dan pengalaman mereka terhadap ajaran Islam.
Ini berlaku apabila agama dan moral tidak lagi menjadi teras kepada sistem pendidikan yang lebih menjurus ke arah pembangunan jasmani berbanding rohani.
“Akibatnya, lahir manusia yang bersikap materialistik dan mementingkan diri sendiri. Mereka tidak lagi mempedulikan mengenai masalah yang dihadapi orang lain. Lebih menakutkan, pendidikan yang berorientasikan sekularisme itu melahirkan umat Islam rapuh akidah, rendah akhlak dan sanggup melakukan apa saja termasuk yang bercanggah dengan ajaran Islam
Gejala murtad ini perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa bagi mencegah daripada terus berleluasa.Remaja yang merantau ke bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang sama ada untuk bekerja atau menuntut ilmu perlu berhati-hati kerana mereka boleh dipengaruhi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa mereka keluar daripada Islam.
Tindakan polis menahan sembilan orang termasuk dua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA), yang didakwa cuba menukarkan agama penuntut Islam di IPTA berkenaan membuktikan gejala ini berlaku di negara ini.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu kerap memantau anak mereka kerana dibimbangi hidup di bandar yang serba bebas akan menukar matlamat dan pegangan hidup mereka. Semuanya itu tidak mustahil berlaku dalam zaman yang serba canggih ini. Hari ini gejala murtad boleh berlaku tanpa kita duga.

Tahalluf Siasi
TAHALLUF SIASI MAKNA / MAKSUD = Kerja sama politik / diplomasi = Satu bentuk perjanjian utk saling mengambil manfaat melalui persepakatan yg dipersetujui.
- Jadi… perlakuan di atas melibatkan dua pihak atau lebih…..dua kumpulan atau lebih
- dlm konteks tajuk ini / Siasah Syariyyah ..ia hanya melibatkan kerjasama Parti Islam dgn Parti org kafir atau org2 kafir…atau parti toghut
- Kerjasama parti islam dgn parti2 islam lain atau dgn org2 islam tidak termasuk dlm tajuk ini…bahkan ia bukan suatu yg perlu dipertikai atau diperdebatkan kewajarannya.
ISLAM MEMBENARKAN TAHALLUF SIASI…
DALILNYA = Kalimah tahalluf berasal dr kata akar ( ha la fa ) yg bermaksud perjanjian…
- Rasul Allah SAW sering menggunakan lafaz ini utk membuat perjanjian dgn qabilah2 qurais / yahudi ketika di Mekah atau Madinah..
= Islam membenarkan Tahalluf Siasi kerana ia mendatangkan manfaat umum dan menolak mudharat besar. Hannya pimpinan sahaja yg mampu menganalisi secara menyeluruh apakah manfaat tadi dan apakah mudharat tadi krn mereka terlibat secara langsung. Keputusan perlaksanaan pun ditangan mereka.

Wednesday, October 14, 2009
Nyanyian Dan Muzik
Diantara hiburan yang dapat menghibur jiwa dan menenangkan hati serta mengenakkan teliga ialah nyanyian.
Hal ini dibolehkan Islam, selama tidak dicampuri kata-kata kotor, cabul dan yang dikiranya dapat mengarah kepada perbuatan dosa. Dan tidak salah pula disertainya dengan muzik yang tidak membangiktkan nafsu. Bahkan disunatkan dalam situasi gembira, guna melahirkan perasaan riang dan menghiburkan hati, seperti pada hari raya, perkahwinan kedatangan orang yang sudah lama tidak datang, saat walimah aqiqah dan diwaktu lahirnya seorang bayi.
Dari hadis diterangkan : Dari Aisyah ra bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat laki-laki anshar, maka Nabi bertanya Hai Aisyah! apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? sebab orang-orang Anshar gemar sekali terhadap hiburan. HR BUKHARI
Dan diriwayatkan pula : Dari Ibnu Abbas ra ia berkata: Aisyah pernah mengahwinkan salah seorang kerabatnya dan Anshar, kemudian Rasulullah saw datang dan bertanya: apakah akan kamu hadiahkan seorang gadis itu? mereka menjawab: betul Rasulullah saw bertanya lagi: apakah kiriman bersamanya orang yang akan menyanyi? Aisyah menjawab: tidak! kemudian Rasulullah saw bersabda sesungguhnya orang-orang anshar adalah suatu kaum yang merayu.
Oleh kerana itu alangkah baiknya jkalau kamu kirim bersama dia itu seorang yang mengatakan: kami datang, kami datang, selamat datang kami, selamat datang kamu. HR IBNU MAJAH
Dari Aisyah sesungguhnya Abu Bakar pernah masuk kepadanya sedang disampingnya ada dua gadis yang sedang menyani dan memukul gendang pada hari mina (Idul Adh-ha), sedang Nabi saw menutup wajahnya dengan pakaiannya, maka diusirnyalah dua gadis itu oleh Abu Bakar. Lantas Nabi membuka wajahnya dan berkata kepada Abu Bakar: Biarkanlah mereka itu hai Abu Bakar, sebab hari ini adalah hari raya (hari bersenang-senang) . HR BUKARI DAN MUSLIM.
Adapun hads-hadis Nabi yang melarang nyanyian, semuanya ada cacat, tidak ada satupun yang selamat dari celaan oleh kalangan ahli hadis seperti kata Al Qadhi Abu Bakar b Al-Arabie: tidak ada satupun hadis yang shah yang berhubung dengan diharamkannya nyanyian. Dan berkata Ibnu Hazm: Semua hadis yang menerangkan tentang haramnya nyanyian adalah batil dan palsu.

Hukum Hudud
1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.
2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt:
Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229
3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:
a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.
b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.
d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.
f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.
g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.

Kita Sihat Ala Rasulullah s.a.w.
Rasulullah bersabda :
"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)
Bagaimana agar sentiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti cara-cara berikut :
SELALU BANGUN SEBELUM SHUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yang bagus untuk kesihatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)
TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dg adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan
GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.
Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati
OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT
TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan yang sangat tepat.

Menonton Filem
Ramai kaum muslimin yang bertanya-tanya tentang pandangan Islam terhadap tayangan filem atau bioskop, drama, tonil/sandiwara dan seumpamanya. Apakah orang Islam dibolehkan menonton ataukah diharamkannya?
Satu hal yang tidak diragukan lagi, bahawa filem, atau bioskop, adalah alat yang sangat vital untuk mengarahkan dan memberikan hiburan. Kedudukannya sama dengan kedudukan alat-alat yang lain, dapat dipergunakan untuk lial-hal yang baik dan yang tidak baik. Oleh kerana itu filem itu sendiri tidak apa-apa. Status hukumnya tergantung pada penggunaannya.
Dengan demikian, kami berpendapat filem adalah halal dan baik, bahkan kadang-kadang masuk sunnat dan diperlukan apabila dipenuhinya syarat-syarat sebagai berikut:
1. bahawa subjek-subjeknya yang diketengahkan itu bersih dari kegila-gilaan, kefasikan dan semua hal yang dapat mensirnakan aqidah, syariat dan kesopanan Islam. Adapun semua pertunjukan yang dapat membangkitkan nafsu dan mencenderungkan orang kepada perbuatan dosa atau yang dapat membawa kepada perbuatan kriminal atau mengajak kepada fikiran-fikiran untuk berbuat serong, atau menjurus hukumnya adalah haram yang tidak halal bagi seorang muslim untuk menyaksikannya, atau mendukungnya.
2. Tidak melupakan kewajiban agama atau duniawi. Diantara kewajiban-kewajiban itu ialah sembahyang lima waktu. Oleh kerana itu tidak halal seorang muslim meninggalkan sembahyang maghrib misalnya, kerana akan pergi menonton filem. Firman Allah:
“Celakalah orang-orang yang sembahyang, iaitu mereka yang lalai terhadap sembahyangnya.” (al-Ma'un: 4-5)
3. Jangan sampai terjadi persentuhan dan percampuran antara laki-laki dan perempuan lain, demi menjaga fitnah dan menolak syubhat. Lebih-lebih pertunjukan ini tidak dapat dilakukan, kecuali di tempat yang gelap. Sedang hadis Nabi mengatakan:
"Sungguh kepala salah seorang di antara kamu ditusuk dengan jarum dari besi, lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." (Riwayat Baihaqi, Thabarani; dan rawi-rawinya adalah rawi-rawi Bukhari)

Subscribe to:
Posts (Atom)